KUALA TERENGGANU 1 Okt – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili MBM menghadiri Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu 2022 yang berlangsung di Dataran Pantai Batu Burok.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Negeri Terengganu.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Mohd Izwandy Ismail; Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Sdr. Anas Hazizul dan kepimpinan majlis belia negeri.

Lebih 30,000 orang membanjiri Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu yang bermula dari 29 September hingga 1 Oktober. Pelbagai pengisian dan aktiviti diadakan seperti forum, youth career, Thai food festival, active@martial art, karnival bundle, e-sports tournament dan banyak lagi.

Tahniah belia Terengganu!

Leave a Reply

Translate »