MAJLIS BELIA MALAYSIA

HAD talk series ~ Pilpres Indonesia 2024: Anak muda penentu pemenang?

HAD talk merupakan siri bual bicara santai di bawah kendalian Majlis Belia Malaysia yang berfokuskan kepada isu serantau dan antarabangsa. Siri bicara atau dialog ini juga bertujuan untuk memberi pendedahan kepada golongan belia agar memiliki pengetahuan bukan sahaja terhadap isu nasional tetapi meliputi aspek geopolitik antarabangsa.

Hari : Jumaat

Tarikh : 19 Januari 2024

Masa : 8.00 hingga 10.30 malam

Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur

Untuk siri kali ini kita akan menyorot musim pilihan raya yang sedang hangat melanda negara jiran kita iaitu Indonesia. Tema Had Talk kali ini ialah ‘Pilpres Indonesia 2024: Anak Muda Penentu Pemenang?’. Untuk diskusi kali ini juga kita akan menampilkan panelis yang khas didatangkan daripada Indonesia yang juga merupakan calon-calon Ahli Parlimen bagi Wilayah Luar Negeri seperti:

  • Regina Vianney (Calon PDI-Perjuangan)
  • Marsha Damitha (Calon Partai Solidaritas Indonesia PSI)
  • Tengku Adnan (Calon Nasdem)
  • Cenruang Alung (Pengerusi Divisi Agitasi & Propaganda)

Kita akan sama-sama menelusuri kancah politik Indonesia dan melihat apakah signifikannya kepada geopolitik serantau khususnya bagi rantau Asia Tenggara.

Untuk pengesahan kehadiran, diminta untuk mengisi pautan ini (https://forms.gle/7SqCWqHU8wqQgqjSA) sebelum 5.30pm, 17 Januari (Rabu)

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »