MAJLIS BELIA MALAYSIA

Growth Asia tawar kerjasama tajaan program pembangunan belia

KUALA LUMPUR 23 Jan – Coach Saif (Ahmad Saifulzaman Dato’ Hj. Mahadi), Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Growth Asia Sdn Bhd telah hadir ke Wisma Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan kerjasama penajaan program yang dijalankan di bawah MBM di samping menawarkan bagi mendapatkan dana tanggungjawab sosial korporat (CSR Funding).

MBM menyambut baik hasrat ini yang dilihat sebagai satu rangka kerjasama dalam mendapatkan dana tajaan program di bawah MBM terutama dalam pendanaan program pembangunan belia.

Hadir dalam sesi pertemuan ini, Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »