MAJLIS BELIA MALAYSIA

Gong Xi Fa Cai

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina “Gong Xi Fa Cai” kepada seluruh rakyat Malaysia berketurunan Tionghoa yang akan disambut pada 19 Februari 2015. Seperti yang kita maklum, Tahun Baru Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena dengan nama haiwan. Bagi tahun 2015, seluruh kaum Cina akan menyambut Tahun Kambing (atau biri-biri) yang dipercayai membawa keharmonian dan kemakmuran dalam kehidupan mereka.

Pada kesempatan ini, MBM menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya golongan belia agar terus mengekalkan perpaduan dan keharmonian dengan meneruskan tradisi saling kunjung mengunjung sempena perayaan ini. Budaya rumah terbuka perlu dipertahankan oleh golongan muda yang kini lebih gemar berhubungan melalui media sosial. MBM bimbang jika tradisi tersebut tidak dipedulikan oleh golongan muda kini, semangat hormat menghormati akan terhakis.

CNY-2015

Ketika negara diuji dengan pelbagai isu dan bencana sepanjang tahun lepas, MBM amat berharap agar kita akan tetap bersatupadu kerana kunci keteguhan negara adalah dengan rakyatnya yang hidup makmur dan saling hormat menghormati. Walaupun kita berbeza fahaman agama dan politik, ianya bukan alasan untuk kita membenci antara satu sama lain.

Bagi mereka yang akan pulang ke kampung halaman, MBM berharap agar memandu dengan berhemah dan hormatilah pengguna jalan lain. Jangan pentingkan diri sendiri apabila berada di jalanraya kerana ianya bukan sahaja tidak menguntungkan malah boleh mengundang kecelakaan kepada orang lain.

Gong Xi Fa Cai

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »