BANGKOK 26 Jun โ Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ahli Dewan Tertinggi MBM, Sdr. Al-Hafizi Hj Abu Bakar telah menyertai delegasi Malaysia menghadiri Program Global Youth Leadership Summit 2022 yang berlangsung dari 23 hingga 26 Jun 2022 di Royal Army Thai Club, Bangkok Thailand.
Program ini dianjurkan oleh Global Youth Parliament dan disertai hampir 20 negara bertemakan โConnecting the leader: leading the worldโ.
Program ini merupakan ruang pendedahan kepada belia khususnya dalam soal kepimpinan selain menyentuh beberapa isu yang sangat menarik dan berguna dalam pembangunan belia antaranya youth leadership & political participation, startup & entrepeneurship, peace leadership & diplomacy to tackle violent extremism serta sesi libat urus dan menambah jaringan Antarabangsa.
Perwakilan Malaysia turut menerima Anugerah โEmerging Leader Awardโ dalam program ini.









