MAJLIS BELIA MALAYSIA

Gelombang kepimpinan baharu! Tunas Madani 30 (Siri 2) tempa belia unggul

KLANG 6 Julai – Pusat Latihan Kenegaraan Meru menjadi saksi kepada kejayaan program Tunas Madani 30: Transisi Kepimpinan Belia 2025 yang berlangsung dari 4-6 Julai 2025.

Seramai 43 peserta belia, termuda berusia 20 tahun dari pelbagai persatuan gabungan MBM telah berjaya menamatkan siri ini dengan cemerlang.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia Negeri Selangor, Tuan Ahmad Shukri Haji Adnan, yang memberi kata-kata inspirasi dan menggesa belia untuk terus berinovasi.

“Dengan kehadiran teknologi AI hari ini, anak muda perlu cepat beradaptasi, memanfaatkan yang baik untuk diri dan masyarakat,” tegas beliau, membakar semangat peserta!

Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pembangunan Bakat; Penyelaras Program TM30, Nuriffah Atiqah dan Penolong Bendahari Agung Majlis Belia Selangor, Sdri. Joanne Soo Joo Wen.

Terima kasih atas komitmen padu semua peserta!

Penghargaan istimewa juga diberikan kepada seluruh tenaga penggerak program ini, khususnya para trainer yang tidak kenal erti lelah dalam menyalurkan ilmu dan inspirasi.

Ayuh, teruskan momentum dan jadilah agen perubahan!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »