MAJLIS BELIA MALAYSIA

GB4B akur robohkan rumah belia

JERANTUT 2 Jan. – Gerakan Belia 4B (GB4B) Jerantut akhirnya akur dengan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk merobohkan rumah Belia 4B berhampiran Padang FA di sini.

Namun demikian, pihak MDJ telah menyediakan tapak khas untuk mendirikan bangunan baharu menggantikan rumah Belia 4B yang uzur itu.

Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pihaknya telah mencapai kata sepakat dengan GB4B Jerantut melalui satu perjumpaan yang diadakan baru-baru ini.

“Kita telah sediakan satu kawasan baharu kepada belia di Kompleks Sukan yang akan siap tidak lama lagi sebagai tempat untuk mereka melakukan aktiviti.

“Kita mengambil keputusan untuk merobohkan rumah tersebut sejak 2011 kerana sudah agak usang serta terdedah dengan banjir kilat dan tidak selamat diduduki,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati rumah Belia 4B itu sudah uzur dan banyak kerosakan pada struktur bangunannya.

Wan Norizan berkata, sudah tiba masanya belia di daerah ini melakukan pembaharuan termasuk mempunyai bangunan baharu bagi menjalankan aktiviti mereka.

“Kawasan sekitar rumah itu sudah dinaik taraf dan harus dirobohkan bagi membolehkan MDJ melakukan projek pembinaan padang atau tapak letak kereta kerana didirikan di atas tanah milik kerajaan,” jelasnya.

Beliau berharap isu merobohkan rumah Belia 4B tidak dipanjangkan kerana kata sepakat telah dicapai demi kebaikan kedua-dua pihak.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »