BANDA HILIR 26 Mei – Majlis Penutup Perkhemahan Badan Beruniform dan Bengkel Ikhtiar Hidup sempena Sambutan Hari Belia Negara 2024 telah diadakan di SK Banda Hilir.
Majlis disempurnakan oleh Ketua Pengakap Negara, Dato Prof Dr. Mohd Zin Bidin.
Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dalam ucapannya berkata, MBM berhasrat mengadakan Sekolah Alam Sekitar dan menyerahkan kepada badan gabungan beruniform MBM bagi menggerakkan program ini di bawah segmen Rakan Muda ‘Rakan Bumi’.
Program perkhemahan ini diselaraskan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia sebagai pengisian HBN 2024 di bawah segmen Rakan Bumi.
Hadir sama Datuk Ridhwan Mohd Ali, Presiden Official Gerakan Belia 4B Malaysia merangkap Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Melaka; Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Haji Nasaruddin Hj Shamsudin dan kepimpinan yang lain.