Sdr. Fauzi Zin, Ketua Editor Astro Awani telah mewakili Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku media rasmi Malaysia ke Forum Pendidikan Belia Seluruh Rusia (SHUM) 2024 yang berlangsung dari 26 Oktober hingga 1 November di Kalingrad, Rusia.
Seramai 300 profesional media belia yang terdiri daripada wartawan, pencipta kandungan, pempengaruh dan pengurus media sosial daripada 86 buah negara menyertai forum ini.
Bertemakan Industri Kewartawanan 5.0, forum SHUM antara lain memberi peluang kepada peserta berkongsi pengalaman, kepakaran dan pengetahuan, selain menyumbang kepada dialog antarabangsa yang diadakan dalam kalangan golongan profesional media belia.
Fauzi Zin berkongsi rumusan sesi dialog Cabaran Mendesak Dalam Kewartawan Moden sempena forum ini yang menekankan bahawa penyebaran berita palsu dalam platform digital menjadi cabaran utama era kewartawanan moden.