MAJLIS BELIA MALAYSIA

Festival Perkampungan Belia sempena HBN 2023 Negeri Terengganu

KUALA NERUS 28 Oktober – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah menghadiri Sambutan Festival Perkampungan Belia sempena Hari Belia Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Kuala Nerus.

Festival berkonsepkan perkampungan belia ini berlangsung cukup meriah dengan penglibatan belia-belia dari seluruh daerah di negeri ini di samping pelbagai aktiviti seperti sukan, kebudayaan, kesukarelawan dan segmen keagamaan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam ucapannya, belia berkata Kerajaan Negeri memberi komitmen untuk bersama-sama memajukan belia.

“Saya berharap persatuan-persatuan belia di Terengganu terus memacu langkah memajukan anak-anak muda tempatan”, ujarnya.

Turut diadakan majlis penyampaian anugerah kepada belia dan beliawanis serta pertubuhan belia yang berjaya dinobatkan Anugerah Perdana Belia Negara 2023 Peringkat Negeri Terengganu.

Syabas dan tahniah kepada seluruh kepimpinan Majlis Belia Negeri Terengganu dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu atas penganjuran ini.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO Negeri Terengganu, YB Hishamuddin Abdul Karim; Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Dato’ Haji Abdullah Haji Taib dan Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff.

Turut hadir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Encik Asmadi Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu, Sdr. Anas Hazizul Muhamad dan kepimpinan majlis belia negeri dan daerah dari semua peringkat.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »