MAJLIS BELIA MALAYSIA

Empat titah pesanan Sultan Pahang untuk belia

KUANTAN, 24 Januari – Sultan Menurut baginda, belia perlu menjadi benteng pemikiran negara dengan menilai sebelum menyebar dan berfikir sebelum bertindak, bagi mengelakkan fitnah serta propaganda yang boleh memecah-belahkan masyarakat.

“Sesungguhnya belia adalah neraca, yang menentukan sama ada sebuah negara akan terus tegak berdiri dengan penuh maruah atau perlahan-lahan rebah ditelan kelalaian zaman dalam setiap lipatan sejarah dunia.

“Bangkit dan jatuhnya sesebuah tamadun sentiasa berpaut kepada kualiti generasi mudanya, kepada kekuatan akalnya, keteguhan imannya dan kematangan akhlaknya,” titah baginda.

Al Sultan Abdullah bertitah demikian bersempena dengan Program Wacana Belia Diraja 2026 disini hari ini.

Menerusi titah pertama, baginda menekankan perkara berkaitan kedaulatan negara, yang kini bukan sahaja dicabar di sempadan fizikal, malah melalui penjajahan pemikiran, perang maklumat dan manipulasi emosi di media digital.

Sementara itu, titah kedua baginda menyentuh kesetiaan kepada raja dan negara sebagai asas kestabilan nasional, dengan menegaskan kesetiaan perlu dizahirkan secara beradab, berilmu dan bertanggungjawab selaras dengan sistem Raja Berperlembagaan.

Dalam titah ketiga, baginda memberi penekanan terhadap integriti dan maruah, sambil menegaskan bahawa rasuah dan penyalahgunaan kuasa merupakan pengkhianatan terhadap negara serta ancaman besar kepada masa depan bangsa.

Baginda seterusnya menzahirkan kebimbangan dalam titah keempat terhadap masalah sosial dalam kalangan belia, termasuk ketagihan dadah, budaya hedonisme dan penyalahgunaan media sosial yang disifatkan sebagai ancaman senyap terhadap pembangunan jati diri dan kepimpinan masa depan.

Mengakhiri titah, baginda menyeru belia agar bangkit sebagai generasi berakhlak, berprinsip dan berilmu dalam memikul amanah membina masa depan Pahang dan negara. Baginda kemudian berkenan merasmikan Program Wacana Belia Diraja 2026 bertemakan ‘Titah Diraja, Amanah Belia: Membina Masa Depan Pahang Berdaulat’.

Berita penuh :

https://berita.rtm.gov.my/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/empat-titah-pesanan-sultan-pahang-untuk-belia/?fbclid=IwY2xjawPkHOBleHRuA2FlbQIxMQBzcnRjBmFwcF9pZBAyMjIwMzkxNzg4MjAwODkyAAEeovzA1GMOkCS5ZUljEGuL1Hz23Y1ZZQaHMTk7KAbmAQ-_Al1ZXUwwIPPqoJI_aem_8QoGifHAGJs6h-eQOFWWSA

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »