SHAH ALAM 9 Mac – Eight Major Chinese Youth-based Organizations (EMCO) telah menganjurkan Majlis Iftar “Raya For All” sempena Ramadan yang menghimpunkan belia pelbagai latar belakang di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung ORI, Seksyen 22 di sini.
Program tersebut turut dihadiri kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) serta wakil persatuan belia daripada badan-badan gabungan MBM.
Presiden MBM dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada EMCO atas penganjuran program yang disifatkan sebagai platform penting dalam memperkukuh hubungan antara kaum dalam kalangan generasi muda.
Menurut beliau, program seumpama ini mampu menyemai nilai perpaduan dan keharmonian nasional melalui pendekatan belia.
“MBM melihat program ini sebagai platform untuk memperkukuh hubungan antara kaum serta menyemai nilai perpaduan dan keharmonian nasional melalui pendekatan belia,” katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Soon Honn Keong; Timbalan Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez; Naib Presiden MBM, Sdr. Aluyis Lim Soon Pin, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Penolong Setiausaha Agung II MBM, Sdr. Syahmi Shamsuddin serta Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.
Majlis tersebut menjadi simbol kebersamaan apabila belia daripada pelbagai kaum dan agama berkumpul bagi mengeratkan silaturahim serta meraikan Ramadan dalam suasana harmoni.




