Kuala Lumpur 12 November – Diskusi Indeks Belia berlangsung dengan dihadiri oleh SUA MBM, Exco-Exco MBM, ahli-ahli badan gabungan dan majlis belia negeri, wakil UMP dan lain-lain peserta seramai 15 orang. Diskusi menampilkan Dr. Mohamad Fazli Sabri dari UPM dan Wakil IYRES. Diskusi ini diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha Naib Presiden MBM selaku moderator,dengan bermula sesi suai kenal di antara satu sama lain.
Pembentangan Dr.Mohamad Fazli Sabri UPM ini menyentuh mengenai tentang pengenalan Indeks Belia Malaysia (IBM), Malaysia menjadi Negara terawal mewujudkan Indeks Belia bagi Negara-negara Komanwel, pemilihan domain (skor) dan indikator adalah berdasarkan tinjaun indeks antarabangsa.Antara lain juga yang disentuh adalah tentang penambaikan IBM iaitu perubahan kumpulan sasar (15 – 30 tahun) dan IBM’15 diselaraskan dengan Dasar Belia Malaysia (DBM). Antara senarai 12 domain adalah Pembangunan Kendiri, Sosial, Identiti, Potensi Diri (perlu dilihat dari segi kepimpinan, kreativiti, budaya dan keusahawanan dimana masih berada di tahap yang lemah), Kesihatan, Pendidikan (program-program berbentuk kemahiran ditekankan), Kesejahteraan Ekonomi (perlu melihat apa perkara yang perlu dilaksanakan untuk mendapatkan pendapatan), Keselamatan, Sosialisasi Politik, Penggunaan Media, Waktu Senggang dan Bebas Tingkah Laku Devian.
Lontaran pandangan oleh Setiausaha Majlis Belia Selangor, indeks yang dibentangkan ini adalah sesuai dan bertepatan di masa sekarang ini, cuma bagaimana perlu untuk melibatkan belia dengan indeks belia ini. Menjadikan indeks belia ini sebagai alat untuk dibincangkan dan perlu kepada tindakan yang ingin dilaksanakan.