Kelantan, 4 Jun 2017 – Negara yang maju ialah negara yang mempunyai rakyat yang mentalitinya juga ke hadapan bukan hanya memfokuskan pada masa kini. Oleh itu, belia Kelantan menganggap keselamatan di negara Malaysia ini tidak cukup ketat, skop keselamatan perlu dipertingkatkan di setiap penjuru pintu masuk ke Malaysia dari segi fizikal dan juga siber jadi dengan adanya peluang ini belia Kelantan mencadangkan agar kerajaan tidak memandang remeh mengenai perkara yang boleh mendatangkan risiko di masa tahun 2050.
Selain itu, Belia Kelantan juga memberi aspirasi dan cadangan agar Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia mengambil perhatian yang lebih serius mengenai penambahan Kompleks Belia Dan Sukan di negeri Kelantan, ini kerana kemudahan bagi para belia di negeri Kelantan tidak mencukupi untuk melakukan sebarang aktiviti belia kerana kompleks yang disediakan hanya ada satu di Panji Kota Bharu Kelantan.
Ini adalah beberapa aspirasi belia Kelantan yang dikongsi bersama dalam siri Dialog Inspirasiku TN50 MBM yang diadakan di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok.
Program yang dihadiri oleh pelajar UMK Kampus Bachok, Kota, Jeli, IKBN Bachok dan wakil-wakil pertubuhan belia peringkat negeri dan daerah ini menyaksikan ahli panelnya iaitu Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM.
Turut hadir bersama Profesor Dato’ Abdul Aziz Bin Ab. Latif Timb. Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) Universiti Malaysia Kelantan Kampus Bachok, Encik Mod Nadzri Bin Yaacob Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Kelantan, Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim Yang DiPertua Majlis Belia Negeri Kelantan dan barisan pimpinan MBN Kelantan.
Program yang berlangsung lebih sejam ini diacarakan oleh Sdr. Rizmel Nazrin, Exco MBM.