Johor Bahru, 8 Jun 2017 – Pada tahun 2050, kita menganggap tahun yang penuh dengan teknologi yang luar biasa. Jadi, belia di Johor menginginkan sistem teknologi tersebut akan wujudnya sistem pengurusan digital. Seperti yang diolah-olahkan oleh belia tersebut, kad digital diguna agar kerajaan dan juga pengguna dapat meneliti apa yang telah dibelanjakan dan ini akan memudahkan pengguna untuk berjaga-jaga dengan jumlah barangan yang telah dibelanjakan.
Selain itu, anak muda di johor ingin kerajaan menerapkan betapa pentingnya mata pelajaran sejarah. Ini kerana beliau menganggap, anak muda pada masa kini tiada sifat nasionalisma dan beliau mencadangkan agar pada tahun 2050 mata pelajaran sejarah diajar dengan cara yang seronok agar anak-anak muda tertarik dengan mata pelajaran Sejarah.
Ini adalah beberapa aspirasi belia Johor yang dikongsi bersama dalam siri Dialog Inspirasiku TN50 MBM yang diadakan di Masjid Al- Mizan, Kempas, Johor Bahru.
Ahli panelnya iaitu Sdr. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM. Turut hadir bersama Presiden MBN JB Sdr. Manndzri Hj. Nasib dan Exco Majlis Belia Daerah Johor Bahru, Sdr. Mohd Nor Nari Exco Majlis Belia Malaysia dan Sdr. Muhammad Fadzli Hasan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia/Exco Majlis Belia Malaysia. Program yang berlangsung lebih sejam ini diacarakan oleh Sdr. Rizmel Nazrin, Exco MBM.