MAJLIS BELIA MALAYSIA

Dialog InspirasiKu TN50 : Belia Di Selangor Mahu Peluang Pekerjaan Di Ambik Serius.

Shah alam, 31 Mei 2017 – Majunya negara dilihat pada teknologi yang canggih, bagaimana nasib belia di masa hadapan? Belia Selangor mahu kerajaan mengambil serius berkenaan dengan peluang pekerjaan bagi para belia di tahun 2050. Ini kerana, di era masa yang begitu moden akan mengurangkan tenaga pekerja, dimana para belia di tahun yang akan datang bakal menghadapi isu peluang pekerjaan yang singkat. Bukan itu sahaja, peluang kemahiran tinggi juga perlu dibuka untuk para graduan agar mereka bukan sahaja bijak dalam pendidikan malah dalam kemahiran juga.

Inilah beberapa aspirasi belia di negeri Selangor yang dikongsi bersama dalam siri Dialog InspirasiKu TN50 MBM yang diadakan di Space U8, Shah Alam.

Ahli panelnya iaitu Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM dan Dato’ Adzam Shah, Ketua Pemuda Umno Shah Alam. Program yang berlangsung lebih sejam ini diacarakan oleh Sdr. Rizmel Nazrin, Exco MBM.

Turut hadir ialah Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Ahli Parlimen Belia Selangor yang turut meriahkan majlis tersebut.

 

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »