Melaka 17 Nov – Sistem pendidikan di Malaysia ini tanpa campurtangan politik, dapat meningkatkan peratusan bagi pelajar-pelajar kelainan upaya didalam perkhidmatan pekerjaan, 100% rakyat Malaysia perlu memahami, menggunakan dan mengaplikasikan Bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dan dijadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa yang perlu dipelajari oleh pelancong-pelancong asing, perlu mewujudkan sistem IPG berpusat seperti UPSI dahulunya Institut tetapi kini dinaiktaraf sebagai Universiti, jika sistem ini diwujudkan dapat meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pendidikan ini adalah sebahagian aspirasi diberi oleh bakal pendidik di Institut Pergururan Guru Kampus Melayu Melaka (IPGMM), Melaka dalam siri dialog Inspirasiku TN50 bersama Mahasiswi Pendidik dan Perkongsian Pengalaman Misi Pesawat MH17 anjuran Myvoc – MBM Komuniti Pendidikan pada 16 November 2017.
Siri dialog ini bermula dengan sesi perkongsian pengalaman misi pesawat MH17 oleh Dr. Muhammad Akmal yang terlibat secara langsung dalam misi tersebut. Diteruskan lagi dengan sesi dialog bersama Sdr. Khairul Nizam Penyelaras MyVOC Pendidikan. Turut hadir Dr. Ahmad Fuad B. Muhammad Amin Penyelaras Program dan Puan Zamrah Bongsu Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar.