Kuala Lumpur | 26 Oktober – Delegasi Malaysia International Youth Exchange 2024 (MIYE) telah menghadiri Youth Economic Forum 2024 (YEF 2024) bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
Hadir menyampaikan ucaptama pembukaan forum, YB Tan Sri Dato’ Dr. Johari Bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.
Turut menyampaikan ucaptama penutupan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz ; Menteri Pelaburan, Perdagangan Dan Industri dan ucaptama khas berkaitan Memanfaatkan Data sebagai Pemangkin Ekonomi Digital, YB Gobind Singh Deo ; Menteri Digital.
Ucapan aluan telah disampaikan oleh Sdr. Syed Mohamed Arif; Presiden Persatuan Alumni Felo Perdana (PAFP).
Hadir mengetuai delegasi MIYE, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid ; Presiden Majlis Belia Malaysia dan turut bersama, Sdr. Syawaludin Abdul Malik ; Exco MBM serta Sdri. Jessy Nga Chor Eng; Exco MBM
YEF 2024 merupakan platform kepada golongan profesional muda untuk terlibat dalam perbincangan tentang landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang.
Perbincangan ini turut memfokuskan kepada ekonomi digital, ekonomi hijau dan pembangunan bakat.
Program tersebut telah dianjurkan oleh PAFP dan MBM turut terlibat sebagai rakan stratigik.