MAJLIS BELIA MALAYSIA

Datuk Dira Abu Zahar dipilih Presiden MGBM ke-8

AYER KEROH 18 Feb – Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Fairos Bin Rusli telah mewakili Presiden MBM menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) kali ke-40 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka.

MAT ini juga menyaksikan perubahan kepimpinan MGBM di mana YB Datuk Dira Abu Zahar dipilih sebagai Presiden MGBM yang ke-8.

Hadir sama YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan; YB Shanmugam Shan, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Melaka; Encik Khairul Adri Dato Rosli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan kepimpinan MGBM di semua peringkat.

Tahniah Datuk Dira dan terima kasih Datuk Mohd Mohd Ridhwan Mohd Ali dan kepimpinan MGBM terdahulu.

Semoga MGBM terus cemerlang membangun belia Melaka dan negara seluruhnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »