DALAM TALIAN 22 Sep – Penggunaan drone dalam sektor pertanian dapat membuka sisi baru untuk anak muda terokai. Dalam masa yang sama dapat membantu mempromosikan lagi perniagaan mereka.
Selain mampu mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing, ia juga mampu menjadi satu bentuk service provider yang menguntungkan bagi kedua-dua belah pihak.
KBK2021 membawakan webinar dalam segmen ini bertajuk “Teknologi Drone untuk Petani Muda” bersama Fasilitator Cik Nur Syazwani Mohamed Rizal, Pengurus ADP Systech (M) Sdn Bhd.
Sesi ini dihoskan oleh Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Kavita Maheendran.