KUALA LUMPUR 26 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Protege Advisory telah menganjurkan “Coaching Skills for Effective Leadership Workshop” bertempat di Wisma MBM, Cheras.
Program ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang “Coaching Skills” kepada pemimpin persatuan belia dan orang awam. Setiap peserta akan mendapat sesi bimbingan atas talian selama tiga kali secara percuma selepas menghadiri bengkel ini.
Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi, Exco MBM, Sdri. Nazira Roslee dan Sdri. Kavitha Mahendran. MBM mengucapkan terima kasih kepada Coach Faizah, Coach Datin Roslina dan Coach Siti Hajar yang mengendalikan bengkel ini serta dibantu oleh Coach Normah, Coach Shida, Coach Nina dan Coach Hazli yang akan mengendalikan sesi bimbingan atas talian selepas ini.