KUALA LUMPUR 23 Julai – Telah berlangsungnya CERITERA bersama pimpinan wanita MBM dan badan gabungan sebagai salah satu acara sambutan ulang tahun ke-73 Majlis Belia Malaysia (MBM).
Melalui pendekatan tontonan filem bersama, CERITERA membincangkan tema feminisme dan intersectionality seperti naratif wanita, agama, etnik di Malaysia. Perbincangan turut menitikberatkan pelbagai isu seperti gambaran wanita dalam filem, kepimpinan wanita dalam negara, nilai dalam hikayat klasik Melayu, filem semasa dalam pelbagai genre yang menitikberatkan nilai wanita, serta kepentingan zines dan craftivism dalam aktivisme wanita di Malaysia.
Pendekatan yang bersifat equal power to all ini memberi ruang sama kepada semua peserta termasuk hos untuk mendengarkan suara semua. CERITERA menampilkan filem Kartini, yang dipilih peserta melalui undian di whatsApp, instagram dan twitter.
Terima kasih diucapkan kepada pimpinan wanita MBM yang turut sama dan sentiasa menekankan keberadaan dan usaha wanita muda dalam pergerakan belia.