PERTANDINGAN MEREKACIPTA GRAFIK BANNER

Belia-belia FELDA khususnya dipelawa menyertai pertandingan mereka grafik banner. Pertandingan ini dianjurkan oleh Majlis Belia FELDA Malaysia. Tiada yuran penyertaan. Syarat-syarat dan borang penyertaan boleh didapati di dokumen lampiran. Cepat! tarikh tutup pada 30 Jun 2020.
PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO HARI BELIA NEGARA 2020

Tanggal 15 Mei setiap tahun merupakan hari yang istimewa kepada semuaBelia di Malaysia. Pada hari ini merupakan tarikh Hari Belia Negara.Sambutan hari belia menjadi bukti pengiktirafan berterusan oleh pihak kerajaan dalam menjadikan golongan belia sebagai rakan kongsi utama untuk membangun dan memajukan negara ini. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) bersama Majlis BeliaMalaysia (MBM) menganjurkan […]
SELAMATKAN EKOSISTEM PEKERJA-MAJIKAN

Negara sedang berada dalam fasa akhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Ini bermakna rata-rata aktiviti berasaskan ekonomi telahpun mula beroperasi dan para pekerja telah mula bekerja mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Majlis Belia Malaysia mengambil maklum berkenaan ketegangan antara Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Kedua-dua pemegang taruh bagi entiti di bawah pertubuhan […]
[DITUNDA] – FESTIVAL TARIAN TRADISIONAL MALAYSIA DI KLIA (WARNA-WARNI) 2020

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Malaysia Airports akan menganjurkan Festival Tarian Tradisional Malaysia di KLIA (Warna-Warni) bermula 4 dan 11 April 2020 (peringkat saringan) dan peringkat akhir berlangsung pada 18 April 2020 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) TELAH DITUNDA KE TARIKH YANG AKAN DIUMUMKAN KELAK. Festival tarian terbuka kepada belia dan beliawanis ini […]