MAJLIS BELIA MALAYSIA

MPBN Peringkat Negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang | 15 Oktober 2022 – Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di Grand Ballroom, Vouk Hotel, Georgetown. Majlis tersebut disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Azman Bin Ibrahim, Pengarah Pembangunan Negeri Pulau Pinang.

Biro MPBN dan Parlimen Belia selesai tapis usul peringkat pertama tahun 2022

KUALA LUMPUR 12 Sep – Biro Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) dan Parlimen Belia Majlis Belia Malaysia (MBM) telah selesai melaksanakan tapisan usul peringkat pertama MPBN bagi tahun 2022 di Wisma MBM. Usul-usul ini akan diangkat ke peringkat seterusnya sebelum dibentang dan dibahaskan dalam persidangan akan datang. Hadir sama Exco MBM Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, […]

Tujuh usul dibentang dan dibahas dalam Persidangan MPBN Peringkat Negeri Johor

JOHOR BAHRU 6 Sep – Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Johor Sidang l Penggal ke-33 sesi 2021-2022 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar. Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah telah hadir mewakili YAB Menteri […]

MBM Hadiri MPBN Peringkat Negeri Melaka

Ayer Keroh | 29 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin telah mewakili MBM ke Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Negeri Melaka, Sidang II Penggal ke-33 Tahun 2021-2022 di Hotel Mudzaffar. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato Seri Sulaiman Md Ali, Ketua Menteri Melaka. Sebanyak 8 usul yang diutarakan […]

Translate »