MAJLIS BELIA MALAYSIA

PEMANDU MABUK : HUKUMAN SEDIA ADA TIDAK MEMADAI

Nyawa adalah entiti yang bermaruah, terhormat bahkan dipelihara. Memelihara nyawa (hifz an-nafs) adalah prinsip kedua dari 5 prinsip maqasid syariah (makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam mensyariatkan sesuatu hukum bagi menjamin kemaslahatan umat manusia) yang ditetapkan Islam. Kemalangan maut yang disebabkan oleh pemandu mabuk, ia bukan isu baru namun ianya semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan […]

MBM MENGALU-ALUKAN PEMANSUHAN AUKU DAN DIGANTI UNDANG-UNDANG YANG LEBIH KOMPREHENSIF

1.) Segala usaha untuk memenuhi manifesto amat dialu-alukan namun undang-undang komprehensif baru yang dimaksudkan untuk menggantikan AUKU tersebut belum jelas dan perlu kepada penerangan dan konsultasi bersama pemegang taruh (stakeholders); 2.) Undang-undang baru yang dibuat haruslah mengandungi intipati menjadikan mahasiswa yang bebas berfikir, selari dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dan dalam kes Hilman Idham lawan […]

MBM ANJUR PESTA KEBUDAYAAN PONGGAL PERINGKAT KEBANGSAAN: RAIKAN KEPELBAGAIAN DAN RUANG FAHAMI KEUNIKAN BUDAYA BERBILANG KAUM DI MALAYSIA

Kepelbagaian budaya dan agama dalam kalangan rakyat Malaysia merupakan keunikan di negara ini. Pesta Ponggal merupakan perayaan yang disambut mengikut kalendar Tamil sempena musim menuai, menandakan kesyukuran terhadap hasil yang diterima. Sambutan Pesta Ponggal memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum untuk memahami dengan lebih dekat keunikan budaya masyarakat India yang menyambut perayaan itu. […]

ISU TULISAN JAWI: BATALKAN PERHIMPUNAN, UTAMAKAN PERUNDINGAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Ziao Jong) pada 24 Disember 2019 yang mana merupakan respon kepada gesaan pelbagai pihak untuk membatalkan perhimpunan untuk membantah pengenalan tulisan jawi di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.  Dong Jiao […]

Translate »