1Belia 1Kemahiran Sempena Himpunan Jutaan

KARNIVAL 1BELIA 1KEMAHIRAN sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia, pada 23-27 Mei 2012 jam 9 pagi hingga 9 malam bertempat di perkarangan Kementerian Kewangan (MOF) Putrajaya. Karnival adalah anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda (JKMRM) Majlis Belia Malaysia. Antara yang menarik ialah peluang latihan kemahiran, penempatan pekerjaan, pertandingan kemahiran, pertunjukan bakat belia berkemahiran dan banyak […]
MBM himpun penggiat industri sukan

Kuala Lumpur, 5 Mei 2012 – Industri sukan telah menjadi salah satu penyumbang utama kepada negara iaitu dengan jumlah 30.2 bilion pada tahun 2011. Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyahut seruan Perdana Menteri untuk mengadakan program yang menghimpunkan penggiat industri sukan iaitu Pameran Industri Sukan Malaysia (MSIE2012) yang bermula pada 4 Mei dan berkahir pada […]
MBM hulur serah sumbangan kepada pelajar di Kinta Selatan

Kampar, 25 April 2012 – Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk mangsa banjir di Kuala Dipang terutamanya pelajar-pelajar sekolah, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Belia Daerah Kampar telah menghulurkan bantuan berupa pakaian sekolah kepada 218 pelajar iaitu dari 7 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah. Bantuan […]
Kejohanan Sukan GPMS UPSI lahir bakat baru

TANJUNG MALIM,25 MAC 2012- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Universiti Pendidikan Sultan Idris (GPMS UPSI) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan GPMS Negeri Perak, telah menganjurkan Kejohanan Sukan GPMS UPSI yang telah berlangsung pada 24 dan 25 Mac 2012. Kejohanan yang mengadakan perlawanan futsal yang julung kali dianjurkan oleh GPMS UPSI ini terbuka kepada semua […]