PERBINCANGAN GERAK KERJA PERGERAKAN BELIA BERSAMA PENDAFTAR PEJABAT PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA (ROY) YANG BARU DAN YANG KE-5 ENCIK BADARI AWANG DAMIT
PUTRAJAYA 10 Jun – Dalam perbincangan yang berlangsung lebih satu jam, MBM mendengar agenda baharu Pendaftar sambil mengusulkan agar pihak ROY memudahkan urusan MyKD dan sistem cawangan bagi menggalakkan lebih ramai belia berminat menubuh dan menggerakkan persatuan belia untuk membina peribadi diri sekaligus menyumbang untuk Negara. MBM diwakili Presiden, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung, Sdr. […]
KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) KEPADA YB. DR. MASZLEE MALIK, MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PUTRAJAYA 3 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pendidikan Malaysia, YB. Dr. Maszlee Malik di pejabat beliau di Kementerian Pendidikan. Pertemuan ini diketuai Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha dan kepimpinan MBM. Banyak perkara yang dibincangkan mendapat perhatian YB Menteri dalam agenda memperkasa pendidikan dan generasi muda.
PERTEMUAN PENGURUSAN MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) BERSAMA KETUA SETIAUSAHA, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA
PUTRAJAYA 3 Jun – Pengurusan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Setiausaha, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia Dr. Waitchalla RRV Suppiah bagi membincangkan tentang Dana Agenda Youth Power dan juga Pelan kemandirian Pertubuhan Belia di Malaysia. Pertemuan ini ekoran hasil perbincangan terdahulu di antara MBM dengan YB Menteri Belia dan Sukan berhubung […]
JELAJAH RAMADHAN MAJLIS BELIA MALAYSIA KE UTARA @PERAK
1 Jun 2019, Taiping Dialog dan Sahur bersama kepimpinan Majlis Belia Daerah Larut Matang selepas Program Singgah Sahur di sekitar Taiping. 1 Jun 2019, Ipoh Sahur dan Ramah Mesra bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Belia Negeri Perlis.