SIMPOSIUM PERSAINGAN SETARA DAN KOS SARA HIDUP
PUTRAJAYA 12 November – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Lim Swee Bok yang juga Pengerusi Biro Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan telah menghadiri Simposium Persaingan Setara dan Kos Sara Hidup yang membawa tema “Seiring dan Sejalan” anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Program tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, […]
GERAKAN REVOLUSI ANAK MALAYSIA (GERAM) JALIN KERJASAMA DENGAN MBM
KUALA LUMPUR 11 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada Gerakan Revolusi Anak Malaysia (GERAM) seramai 12 orang yang diketuai oleh presidennya, Sdr. Hariz Faisal Ismail bertempat di Wisma MBM. Kunjungan hormat tersebut disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan Sdr. Syed Osman Mohamed, Exco MBM. Antara perkara yang dibincangkan adalah […]
BENGKEL PEMURNIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA (APBN)
LANGKAWI |10-12 NOVEMBER-Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri bengkel APBN bersama pegawai Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Bengkel tersebut diadakan di Langkawi selama 3 hari. MBM dihadiri oleh Sdr. Fadzli Hasan Timbalan Presiden MBM dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM. Bengkel ini diadakan bagi membincangkan kaedah peraturan yang betul dalam penganjuran Anugerah […]
YOUTH ECONOMIC FORUM
KUALA LUMPUR 9 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Exconya iaitu Sdri. Ng Chor Eng (Jessy) dan Sdr. Abu Kadir Mobarak Ali telah menghadiri program Youth Economic Forum anjuran Perdana Fellow Alumni Association (PFAA) bertempat di Bank Negara. Turut hadir sama Sdri. Fathiah Nasuha, Ahli Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Usahawan MBM. Forum bertemakan […]