MAJLIS BELIA MALAYSIA

BUAL BICARA SUKAN ELEKTRONIK (E-SPORT)

SEREMBAN 6 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menghadiri rakaman bual bicara sukan elektronik sempena Kejohanan Sukan Elektronik Negeri Sembilan. Perbincangan seputar kerjasama persatuan belia dengan komuniti sukan elektronik; kemahiran (TVET) dan sukan eletronik; dan pembinaan kerjaya dalam sukan elektronik khususnya pasca Covid-19 Sejak lebih dua tahun komuniti sukan elektronik yang merupakan salah satu […]

SETIAUSAHA AGUNG MBM SANTUNI BELIA AKAR UMBI MAJLIS BELIA KELANTAN

BACHOK 6 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun meneruskan agenda MBM menyantuni persatuan belia akar umbi bersama kepimpinan Majlis Belia Kelantan (MBK) di bawah Sdr. Hafizul Nizam. Banyak isu semasa dan belia dibincangkan, percambahan ilmu dan beberapa perkongsian Idea untuk belia Kelantan dan masyarakat setempat. Turut serta dalam pertemuan […]

SESI SUMBANG IDEA DAN GERAK KERJA SEMPENA PAKEJ PEMULIHAN EKONOMI

PUTRAJAYA 3 Jun – Jawatankuasa Tindakan Ekonomi Majlis Belia Malaysia (JAKTEM) telah mengadakan sesi sumbang idea dan gerak kerja bersama Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Belia dan Sukan, Encik Saiful Azhar Shaharun bagi menangani isu ekonomi belia dan menyumbang input sempena pakej pemulihan ekonomi yang bakal diumum Kerajaan sedikit masa lagi.

MESYUARAT BULANAN CAYWA

KUALA LUMPUR 3 Jun – Mesyuarat bulanan Commonwealth Alliance of Youth Work Associations – CAYWA turut dihadiri Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) selaku Ahli Lembaga CAYWA membincangkan cadangan pelaksanaan ‘Digital Youth Work’ dan cabarannya. Cadangan tersebut akan dibentangkan kepada Commonwealth Secretariat.

Translate »