DIALOG SECARA DALAM TALIAN BERSAMA PIMPINAN GBBM PASCA COVID-19

KUALA LUMPUR 14 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah berdialog secara dalam talian menggunakan aplikasi Discord bersama pimpinan utama Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) diketuai Sdr. Beh Hg untuk memahami isu-isu belia dan gerakan belia Cina. Perbincangan terfokus kepada isu pengangguran, ekonomi, persatuan belia, program Rakan Muda, perpaduan dan kerisauan […]
DAPATAN INPUT DAN CADANGAN SESI DIALOG KEPIMPINAN MBM BERSAMA MBWP UNTUK BELIA BANDAR

Isu & Permasalahan Belia Wilayah: Isu ketagihan dadah yang serius dalam kalangan belia di Wilayah. Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Kawasan memerlukan dana pentadbiran untuk menjalankan kerja secara berkesan (sudah ditangani KBS). Halatuju Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS) harus disemak semula agar selari dengan gerak kerja pergerakan belia. (sudah ditangani oleh MBM) Kesinambungan […]
PERBINCANGAN BERKALA SETIAUSAHA AGUNG MBM BERSAMA PENDAFTAR ROY

PUTRAJAYA 13 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan berkala bersama Encik Badari Awang Damit, Pendaftar di Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai gerak kerja dan permasalahan pengurusan serta pentadbiran Majlis Belia Daerah (MBD) dan Badan Gabungan MBM.
PERTEMUAN PRESIDEN MBM BERSAMA AHLI SURUHANJAYA IPHRC

SELANGOR|10 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) mengunjungi Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Ahli Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).Pertemuan membincangkan isu-isu kemanusiaan sejagat dan isu negara-negara OIC memandangkan MBM merupakan ‘focal point’ OIC Youth Forum di Malaysia.