MESYUARAT UNESCO KNOWLEDGE FOR CHANGE (K4C) HUB – CADANGAN KERJASAMA/PERKONGSIAN STRATEGIK UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

NILAI 16 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat UNESCO Knowledge For Change (K4C) Hub – Cadangan Kerjasama/Perkongsian Strategik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertempat di USIM. Antara perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai peranan MBM dalam membantu menjayakan program ini bersama rakan strategik yang lain.
PERBINCANGAN PELAKSANAAN KARNIVAL OKU 2020

PUTRAJAYA 15 Julai – Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Raja Iskandar Raja Alias, Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Pembangunan OKU (JPOKU) di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Pertemuan ini menjurus kepada perbincangan pelaksanaan Karnival OKU 2020. MBM telah dijemput untuk untuk terlibat sama sebagai penganjur bagi […]
WAKIL MBM HADIRI BENGKEL PENYEDIAAN PELAN PENGIMARAHAN MASJID WP

PUTRAJAYA 14 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menghadiri Bengkel Penyediaan Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan (WP) bertempat di The Everly Hotel. MBM telah diwakili oleh Sdr. Mohd Aliff Mohd Razuki dan Dr. Nurul Syala Abdul Latip daripada Persatuan Belia Masjid Selangor. Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya pelaksanaan program jangka masa pendek dan […]
RELAWAN MBM BERTEMU SOLS24/7

Kuala Lumpur|14 Julai -Sdr. Faiz Suhaimi Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama SOLS24/7 yang dihadiri oleh Sdri. Syamimi Ahmad Saiban dan Sdri. Hakimah Mohamad bertempat di SOLS24 HQ, Sungai Besi. Antara perkara yang dibincangkan ialah penganjuran Kursus Crowdfunding Digital buat Penggerak Pertubuhan Belia bagi memperkasakan kelestarian gerakan Belia MBM dan program kolaborasi […]