MAJLIS BELIA MALAYSIA

DIALOG MBM BERSAMA AHLI-AHLI GABUNGAN MBN PERAK

IPOH 17 Julai – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan dialog bersama ahli-ahli badan gabungan Majlis Belia Negeri Perak (MBN) dalam pelbagai isu. MBM dan MBN Perak telah sepakat menganjurkan Konvensyen Majlis Belia Daerah (MBD) SeMalaysia bagi memperkasakan MBD daripada aspek pentadbiran, ekonomi, pelapis dan strategi menarik belia ke dalam pergerakan belia.

MESYUARAT PENYELARASAN PENCAPAIAN MPBN

PUTRAJAYA 16 Julai – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pencapaian Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) bersama Kementerian Belia dan Sukan. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai usul MPBN yang akan diangkat tentang pemulihan dan pembangunan ekonomi belia.

KUNJUNGAN PRESIDEN MALAYSIA ASSOCIATION OF PROFESSIONAL TRAINERS AND COACHES (MAPTAC) KE MBM

KUALA LUMPUR 16 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Encik Sunil Hasmukharay, Presiden Malaysia Association Of Professional Trainers and Coaches (MAPTaC). Lawatan beliau telah disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM. Turut bersama dalam perbincangan melalui aplikasi zoom secara virtual, Sdr. Abu […]

MESYUARAT JAWATANKUASA TENIKAL BANK BELIA

PUTRAJAYA 16 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk menyertai Mesyuarat Jawatankuasa Tenikal Bank Belia. Mesyuarat ini diadakan untuk menyemak semual protokol kajian Bank Belia yang bakal dilaksanakan pada bulan Ogos 2020. Kajian ini turut melibatkan wakil-wakil daripada Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Sains Islam […]

Translate »