MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Penyelarasan Skim Perantisan Nasional (SPN)

PUTRAJAYA 17 Nov – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri mesyuarat penyelarasan Skim Perantisan Nasional (SPN) Kementerian Belia dan Sukan dan perbincangan berkenaan gerak kerja menangani isu pekerjaan belia. SPN perlu digandakan promosinya bagi memberikan peluang kepada para belia. Setakat ini Sebanyak 2,221 orang belia telah memohon SPN. MBM akan terus membantu mempromosikan SPN. Mesyuarat […]

Perbincangan MBM Bersama Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan)

SEREMBAN 16 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan bersama Dato’ Romli Ishak, Pegawai Khas Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) berkenaan pembangunan belia dan kerja belia profesional. Turut dibincangkan tentang pembangunan mahasiswa, pusat belia dan sukan elektronik. Hadir dalam pertemuan ini ialah Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul […]

Taklimat gerak kerja penciptaan pekerjaan bagi menangani pengangguran belia

PUTRAJAYA 13 Nov – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Jufitri Joha telah menyertai taklimat gerak kerja penciptaan pekerjaan bagi menangani pengangguran belia dan rakyat Malaysia yang mencecah 700,000 orang. Tugasan berat menanti pemimpin belia untuk memerah idea membantu mencari solusi terbaik dalam menangani permasalahan ini. Turut serta dalam perbincangan ini Ketua Setiausaha Kementerian Belia […]

Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia JCI Malaysia Malaysia Peringkat Kebangsaan bertajuk ” Jikalau Saya Jadi Perdana Menteri”

KUALA LUMPUR 13 Nov – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi dan Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengadili Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia Peringkat JCI Malaysia (Kebangsaan) sebagai juri mewakili MBM. Seramai 7 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Dalam masa yang sama, JCI Malaysia juga menganjurkan Pidato Bahasa Inggeris […]

Translate »