MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Sambutan Tahun Baharu Tamil

KUALA LUMPUR 14 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan Presiden Majlis Belia Hindu Malaysia (HYO) Sdr. Arunkumar Chengoden ke majlis sambutan Tahun Baharu Tamil. Ia dianjurkan gabungan organisasi Hindu dan Tamil yang diketuai oleh Malaysia Hindu Sangam dan turut disertai HYO. Majlis disempurnakan oleh Datuk Seri M Saravanan, Menteri Sumber Manusia. […]

Mesyuarat Penyelarasan Panel Penilai APBN Peringkat Kebangsaan 2021

PUTRAJAYA 14 April – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Ketua Penerangan, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Panel Penilai Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan Tahun 2021. Mesyuarat dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff. […]

Sekretariat MBM anjur Tazkirah Ramadhan 1442H

KUALA LUMPUR 12 April – Sempena ketibaan Ramadhan, Sekretariat Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan sesi takzirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Naim Mohd Noor, pendakwah bebas yang juga mantan Timbalan Presiden ABIM. “Ramadhan menguji fitrah manusia kerana dalam bulan ini mereka perlu melawan nafsu rutin seperti makan minum dan sebagainya”, ujar beliau. Hadir […]

MBM dan gabungannya sertai 100 Juta Langkah Melawan Rasuah

SHAH ALAM 12 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungannya telah menyertai 100 Juta Langkah Melawan Rasuah anjuran Sinar Harian yang berlangsung di Bangunan Karangkraf. MBM mewakili golongan belia menyatakan komitmen dan pendirian jelas dalam menolak rasuah sehingga di peringkat akar umbi. MBM diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Translate »