Pertemuan Mesra UMIY dan Pertubuhan Belia India

Kuala Lumpur | 26 Mac – United Malaysia Indian Youth (UMIY) mengaturkan perjumpaan antara pertubuhan belia India bawah naungan Majlis Belia Malaysia (MBM). Pelbagai perkara dibincang bagi memperkasakan lagi UMIY dan pada masa akan datang UMIY dijangka menganjurkan program-program khusus kepada belia-beliawanis India. Turut dibincangkan calon UMIY yang bakal dicalonkan bertanding dalam MPAT MBM 2021. […]
MBM Mendengar Taklimat Keselamatan Siber

Kuala Lumpur| 26 Mac – Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri taklimat keselamatan siber yang disampaikan oleh Encik Wan Shafiuddin Zainudin daripada Cyber Security Malaysia bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Kuala Lumpur. Taklimat dihoskan oleh Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Pengarah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) Malaysia. Taklimat menjelaskan tentang ancaman […]
Dialog Bersama Menteri WP

Kuala Lumpur | 24 Mac – Sdr. Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) menyertai dialog antara Gapena malaysia, Persatuan Penulis Nasional Malaysia – PENA dan MBM bersama YB Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkenaan pelbagai isu isu Negara dan Wilayah Persekutuan. Turut diperbincangkan rancangan menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota kebudayaan yang tersohor. […]
Mesyuarat Penganjuran Konvensyen Majlis Belia Daearah 2021(KMBD21)

Zoom | 25 Mac – Saudara Jufitri Joha, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mempengerusikan mesyuarat penganjuran Konvensyen Majlis Belia Daerah 2021 (KMBD21) yang turut disertai pimpinan utama MBM dan Majlis Belia Negeri Perak yang diketuai saudara Aswanuddin Harifuddin, Presiden MBN Perak. KMBD21 yang dijangkakan diadakan di Perak adalah konvensyen pertama seumpamanya bagi memperkasakan Majlis […]