Pembentangan bahagian kajian sosial media Bait Al-Amanah

KUALA LUMPUR 7 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mendengar pembentangan daripada Bahagian Kajian Sosial Media Bait Al-Amanah secara dalam talian. Pembentangan disertai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan Sdri. Kavita Maheendran, Exco MBM. Antara perkara yang dibentangkan adalah mengenai ruang dalam memanfaatkan media sosial melalui kaedah terkini.
Covid-19: Bantuan Ringankan Beban Rakyat

KUALA LUMPUR 7 Julai – Sesi Temubual Selamat Pagi Malaysia (SPM) bersama Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Ketua Relawan MBM telah berlangsung di Wisma TV yang mengulas mengenai inisiatif Relawan Untuk Malaysia. Beliau menegaskan dalam sesi temubual ini “#RelawanUntukMalaysia adalah platform terbuka untuk semua penggerak masyarakat diluar sana, kongsikan maklumat dan […]
Kursus Pengurusan Organisasi Virtual 2021 bersama Felo NGO

KUALA LUMPUR 7 Julai – Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan Kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi Virtual 2021 bersama Felo NGO. Program ini dilaksanakan secara virtual menggunakan aplikasi zoom. Seramai 41 orang peserta telah hadir ke sesi kursus tersebut. 41 org peserta ini adalah sebahagian daripada 188 org felo NGO […]
Agenda mempromosi perpaduan nasional dan keharmonian kaum

KUALA LUMPUR 6 Julai – Sdr. Lim Swee Bok, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi dan Kepenggunaan MBM telah mengetuai perbincangan bersama pihak Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) berkenaan agenda mempromosi perpaduan nasional dan keharmonian kaum. MBM dan IDEAS bersetuju berkolaborasi bagi menjayakan agenda penting memandangkan peranan MBM […]