MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kuiz Kahoot Jiwa Muda Merdeka uji pengetahuan generasi Muda tentang Malaysia

DALAM TALIAN 19 Sep – Sempena Hari Malaysia dan Hari Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Live Kuiz Kahoot Jiwa Muda Merdeka. Kuiz ini bertujuan menguji sejauh mana pengetahuan asas rakyat Malaysia khususnya golongan belia berkaitan negara kita Malaysia. Pelbagai hadiah tunai disediakan kepada pemenang-pemenang yang bertuah.

Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Siri Keenam 2021

Dalam Talian | 17 – 19 September – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi siri keenam dalam talian menggunakan aplikasi Zoom. Program telah dikendalikan oleh Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM. Program telah dibiayai oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera. Antara perkara yang diterapkan dalam program tersebut adalah mengenai kemahiran di […]

Program National Youth and Sports Symposium 2021

Dalam Talian | 18 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bekerjasama dengan Kelab Taekwondo Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan yang merupakan penganjur utama, menganjurkan Program National Youth and Sports Symposium 2021. Antara panel juri jemputan adalah Pn Faridah Jaafar bekas Pengarah Eko-Sistem FINAS, En Farhan Hamizu – Program Executive MaGIC, Pn Li Neo […]

Webinar Kerjaya – Profesion Perguruan

DALAM TALIAN 17 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjurkan Webinar Kerjaya siri 4 membicarakan kerjaya profesion perguruan. Sesi ini dihoskan oleh Setiausaha Agung MBM, Sdri. Kavita Maheendran menampilkan panelis Encik Norhailmi Abdul Mutalib, seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah. Beliau berkongsi pengalaman dan menerangkan […]

Translate »