Inspire i-Talent ketengah potensi serta pengiktirafan Belia OKU terhadap pembangunan negara

KUALA LUMPUR 4 Jun – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi telah dijemput merasmikan Majlis Penutup Program Inspire i-Talent Peringkat Negeri Selangor bertempat di Kompleks Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan. Program anjuran Jabatan Belia & Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Sukan & Rekreasi OKU Negeri Selangor melibatkan penyertaan seramai 30 orang […]
Forum Pentingkah Budaya Mengundi di peringkat universiti

DALAM TALIAN 4 Jun – Sdr. Mohd Fauzi Fadzil, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang sebagai panelis Forum Pentingkah Budaya Mengundi di peringkat universiti anjuran Universiti Teknologi MARA (UITM) Cawangan Negeri Sembilan secara dalam talian. Forum ini diadakan sempena Program Kursus Pembangunan Mahasiswa Mengundi. Sesi berlangsung selama 2 jam dengan pelbagai persoalan dibangkitkan dan […]
Dr Shamsul Anuar Nasarah dipilih Presiden Alumni MBM buat kali kedua

IPOH 4 Jun – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah memenuhi undangan ke Mesyuarat Agung kali ke-6 Alumni MBM di Hotel Impiana. Alumni MBM merupakan platform kepada bekas pemimpin dan aktivis belia untuk berorganisasi dan menyumbang bakti kepada masyarakat. Tahniah YB Dato Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah atas kepercayaan […]
Program Advokasi Penghuni Bersama Masyarakat santuni warga emas

TAIPING 3 Jun – Seramai 20 orang sukarelawan Majlis Belia Daerah (MBD) Larut Matang dan Majlis Belia Negeri Perak bersama 12 penghuni Pusat Koreksional Kamunting telah menjalankan kerja gotong-royong membersihkan Rumah Seri Kenangan Taiping dan menyantuni warga emas di sana dalam Program Advokasi Penghuni Bersama Masyarakat. Program ini sebagai salah satu proses asimilasi bersama masyarakat […]