Pertemuan MBM-KKM bincang masalah belia merokok dan vape

KUALA LUMPUR 20 Feb – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengadakan pertemuan bersama Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun bagi membincangkan masalah belia merokok dan vape melalui Kempen Generation End Game bertempat di Wisma MBM. KKM berhasrat mengadakan kerjasama dengan MBM dan badan gabungannya dalam memberi pendedahan tentang keburukan rokok dan […]
MPAT MKBBT kali ke-52

BUTTERWORTH 19 Feb – Syabas dan tahniah buat Majlis Kelab Bell Belia Tamil Malaysia (MKBBT) yang selamat menganjurkan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-52 baru-baru ini. Majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Tuan Krishnasamy Kolendai, Pegawai Eksekutif Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang yang mewakili YB Ahli Parlimen Jelutong pada 19 Februari 2023 di Dewan Sree […]
Kem Belia Matlamat Pembangunan Lestari (SDG)

Kuala Lumpur | 18-19 Februari 2023 Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Regional Centre of Expertise – Greater Kuala Lumpur (RCE-GKL) telah menganjurkan Kem Belia Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) yang diadakan di UCSI Universiti. Turut serta memberi latihan dalam kem tersebut Sdr. Eow Shiang Yen, Exco MBM merangkap Naib Pengerusi Jawantankuasa Belia Regional Centre of […]
Majlis Perasmian MPAT MBS

Kota Kinabalu | 18 Februari – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Sabah kali ke-25 bertempat di Hotel Ming Garden, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah. Hadir sama Presiden MBS, […]