Lawatan Kerja MBM ke Ningxia Pererat Hubungan Dua Hala Belia Malaysia & China

NINGXIA 23 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC) telah mengadakan Lawatan Kerja ke Ningxia, China selama enam hari sebagai usaha memperkukuh hubungan dua hala serta memperluaskan jaringan kerjasama belia di peringkat antarabangsa. Lebih istimewa edisi ketiga ini turut disertai Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, […]
Program Rakan Prihatin Bakti Belia MADANI Selangor 2026 Sasar Pengukuhan Komuniti FELDA

HULU SELANGOR 21 JUN – 2026 Program Rakan Prihatin: Bakti Belia MADANI 2026 Peringkat Negeri Selangor telah dirasmikan dengan penuh semangat di FELDA Soeharto, Hulu Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Hj. Abdul Hamid yang turut menyampaikan amanat mengenai peranan penting belia sebagai ejen perubahan dalam memperkukuh pembangunan […]
Program Belia Bakti MADANI Perlis Hidupkan Semangat Komuniti dan Kesukarelawanan

KANGAR 20 JUN 2026 – Program Belia Bakti MADANI Peringkat Negeri Perlis berlangsung dengan penuh meriah melalui pelbagai aktiviti komuniti yang berjaya mengeratkan hubungan masyarakat setempat. Antara pengisian utama termasuk Pertandingan Memasak Peknga & Gulai Temenung serta Pertukaran Minyak Enjin Motosikal Percuma yang mendapat sambutan hangat daripada pengunjung. Program ini turut dihadiri oleh barisan kepimpinan […]
Majlis Perasmian Penutupan Hari Belia Negeri Terengganu Jadi Kemuncak Program

HULU TERENGGANU 20 JUN 2026 – Festival Belia Hari Belia Negeri Terengganu melabuhkan tirainya di Dewan Sivik, Dataran Padang Kacang, Telemong dengan suasana penuh semangat dan sokongan padu warga belia. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Dato’ Abdul Kahar Latif yang menekankan kepentingan persatuan belia sebagai penggerak utama pembangunan komuniti. Turut memeriahkan majlis ialah penyampaian […]