Belia perlu hayati konsep 1Malaysia: Musa

2011/05/15 KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mahu semua pihak berkaitan pembangunan belia di Sabah turun padang mendekati dan mendengar suara belia untuk mengenal pasti kehendak serta keperluan mereka. Bercakap ketika melancarkan sambutan Hari Belia peringkat negeri di sini hari ini, beliau berkata sebagai pemimpin masa depan, belia perlu dibimbing untuk menghayati […]
6,000 kunjungi Karnival Belia

NIBONG TEBAL 15 Mei 2011 – Lebih 6,000 pengunjung terutamanya golongan belia membanjiri pekarangan Kompleks Dewan Perda, Sungai Acheh di sini bagi memeriahkan Karnival Hari Belia Negara 2011 peringkat negeri hari ini. Karnival dua hari bermula semalam itu turut menghimpunkan persatuan belia serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan pelbagai aktiviti selain penglibatan agensi serta […]
Belia perlu dialog bersama pemimpin negara

ALOR GAJAH 15 Mei 2011 — Golongan belia perlu diberikan lebih banyak ruang untuk berdialog dengan pemimpin negara sebagai langkah memperkasa golongan itu bagi menyumbang kepada masa depan tanah air. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, melalui langkah itu, kerajaan juga boleh memahami dengan lebih tepat keperluan serta kemahuan belia bagi memastikan […]
Transformasi bergantung kepada belia

KLUANG 15 Mei 2011 – Kejayaan pelan transformasi negara banyak bergantung kepada kemampuan golongan belia untuk bertindak sebagai pemangkin perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman berkata, sehubungan itu, golongan belia diingatkan supaya berwaspada agar tidak dijadikan alat mencetus perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. “Bagi membolehkan pelan transformasi pembangunan […]