MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara (SPU) bantu mangsa banjir

Kosmo!Online / 02 Januari 2014 / Segmen ~ Komuniti Kita PRIHATIN. Seramai 80 ahli Majlis Belia Daerah (MBD) Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menyertai program misi kemanusiaan membantu mangsa banjir di negeri-negeri di Pantai Timur baru-baru ini. Yang Dipertua MBD SPU, Mohamad Saud berkata, misi itu berjaya dilaksanakan selepas pihaknya menerima pelbagai sumbangan barangan […]

GB4B akur robohkan rumah belia

JERANTUT 2 Jan. – Gerakan Belia 4B (GB4B) Jerantut akhirnya akur dengan Majlis Daerah Jerantut (MDJ) untuk merobohkan rumah Belia 4B berhampiran Padang FA di sini. Namun demikian, pihak MDJ telah menyediakan tapak khas untuk mendirikan bangunan baharu menggantikan rumah Belia 4B yang uzur itu. Setiausaha MDJ, Wan Norizan Wan Badaruzzaman berkata, pihaknya telah mencapai […]

NGO Lipis anjur gunting rambut percuma kepada pelajar

KUALA LIPIS 1 Jan. – Sebanyak 75 pelajar sekolah menerima perkhidmatan gunting rambut secara percuma sempena Program Jom Kembali ke Sekolah yang diadakan di Kampung Kuala Medang Hulu Jelai di sini hari ini. Program tersebut merupakan anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) Lipis, Pemuda UMNO cawangan Kuala Medang, Gerakan Belia 4B (GB4B) dan Jawatankuasa Kemajuan […]

Program Youth Study & Exchange (YES) kini kembali untuk pengalaman pengembaraan yang menarik!

Kali ini YES anjuran Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) dgn kerjasama Universiti Ton Duc Thang, Vietnam akan membawa anda ke Ho Chi Minh, Vietnam pada 21-24 Februari 2014. Dengan yuran sebanyak RM700 (tidak termasuk tiket penerbangan), anda akan menikmati banyak pengalaman ‘Jelajah Pendidikan & Sejarah’ yang kami anjurkan. Oleh itu, sila hubungi sekretariat kami utk […]

Translate »