Kerajaan iktiraf peranan belia dalam jayakan transformasi negara

KUALA LUMPUR: Penglibatan lebih 80 peratus belia sebagai peserta sambutan serentak Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia hari ini membuktikan kerajaan mengiktiraf golongan itu sebagai penyandang tanggungjawab menzahirkan transformasi negara. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, berkata penglibatan peserta belia membuktikan golongan itu kini sudah bersedia bersama-sama kerajaan memikul tanggungjawab menjayakan program transformasi negara. […]
Undang-undang ganti ISA diharap tangani isu sensitif

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Penggubalan undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang akan dimansuhkan, diharap mempunyai peranan serupa dalam menangani isu-isu sensitif yang boleh mengancam kestabilan negara Pakar undang-undang, Prof. Salleh Buang berkata, anasir-anasir yang hendak mengganggu-gugat keamanan dan kemakmuran negara akan sentiasa wujud dan keperluan untuk menanganinya adalah penting […]
NGO sokong penuh deklarasi

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyokong penuh langkah bekas-bekas anggota polis dan tentera mengeluarkan Deklarasi Bukit Kepong bagi mengingatkan semua pihak supaya tidak mengguris hati dan perasaan para pejuang kemerdekaan negara. NGO tersebut turut mengecam tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum ini yang mempersendakan pengorbanan para pejuang […]
Program Semarak Merdeka

Tanjung Malim – Majlis Belia Malaysia bersama Majlis Daerah Tg Malim dan Rukun Tetangga Kg Sawa hari ini menganjurkan Program Semarak Merdeka peringkat Jalan Slim Lama di Padang Majlis Daerah Tg Malim Kampung Sawa. Turut hadir dalam majlis tersebut Dato Seri Ong Ka Chuan Ahli Parlimen Tg Malim, ADUN Behrang Jamaluddin dan En Zaidi Setiausaha […]