MAJLIS BELIA MALAYSIA

Majlis Belia Malaysia anggap pindaan Seksyen 15(5)(a) selari peredaran semasa

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Kerajaan wajar mengkaji semula atau meminda Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang diputuskan sebagai tidak sah oleh Mahkamah Rayuan supaya ia selari dengan peredaran semasa dan realiti negara hari ini. Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ini kerana AUKU masih lagi […]

Boikot kenaikan: MBM sokong saranan CUEPACS, MTUC

KUALA LUMPUR 27 Okt. – Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong tindakan dan saranan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya pengguna memboikot kenaikan melampau harga barangan. Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pihaknya bersedia bekerjasama dan akan menjalankan ”protes senyap” bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan juga […]

Krisis identiti belia: Ahmad Shabery jawab pendedahan Ikatan Muslimin Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Okt. – Kementerian Belia dan Sukan akan meneliti dakwaan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) bahawa lebih enam juta belia di negara ini menghadapi krisis kecelaruan identiti. Sambil menolak kemungkinan program dilaksanakan kerajaan selama ini kurang berjaya, Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengkaji semula takrifan ‘kecelaruan’ yang digunakan pertubuhan bukan […]

Majlis Perundingan Siswa di Perak

IPOH 22 Okt. – Kerajaan negeri hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Mahasiswa Perak (MPMP) yang akan berperanan secara formal untuk memberi pandangan serta idea dalam proses membangunkan negeri itu. Penubuhan MPMP menjadikan Perak sebagai satu-satunya negeri yang menubuhkan majlis perundingan seumpama itu sebagai satu daripada usaha mengiktiraf suara dan peranan anak muda dalam proses […]

Translate »