MAJLIS BELIA MALAYSIA

5 usul MBM martabatkan pembangunan belia

KUALA LUMPUR 31 Julai  2013- Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengesyorkan lima usul kepada kerajaan dalam usaha memartabatkan pembangunan belia berkemahiran bagi mengisi keperluan tenaga mahir negara menjelang 2020. Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, cadangan itu dibuat bersama dengan Persekutuan Pusat-pusat Bertauliah Malaysia (Femac), Gabungan Kerjasama Institut Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) Bumiputera dan […]

Jangan ‘main’ hukum haram

KUALA LUMPUR 21 Julai 2013 – Umat Islam terutamanya golongan belia di negara ini diminta tidak ‘bermain’ dengan hukum yang dikeluarkan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung pengharaman shisha. Menurut Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, keputusan itu wajar diambil setelah meneliti serta terbukti amalan […]

Belia diminta lengkapkan diri jadi pemimpin masa depan

SEGAMAT 19 Julai 2013- Golongan belia diminta melengkapkan diri dengan segala pengetahuan untuk menjadi pemimpin pelapis yang bakal mengambil alih kepimpinan sedia ada bagi meneraju negara pada masa akan datang. Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Anuar Abdul Manap berkata, sekiranya tiada sebarang usaha dilakukan oleh golongan tersebut untuk mengambil peranan serta tanggungjawab sebagai pemimpin pada […]

Belia disaran lakukan kerja sukarela

JEMPOL 19 Julai 2013 – Golongan belia perlu bangkit membuktikan bahawa mereka bukan golongan yang lemah dengan tidak menjadikan kehadiran Ramadan sebagai alasan untuk duduk di rumah tanpa melakukan kerja-kerja sukarela. Menurut Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Wan Salwati Abdullah, alasan bahawa kehadiran Ramadan memerlukan belia mengehadkan aktiviti adalah tidak tepat. “Belia merupakan golongan […]

Translate »