Peremajaan sektor awam, beri peluang generasi muda

KUALA LUMPUR, 13 Mac 2015 – Kerajaan seharusnya melakukan ‘peremajaan’ dalam sektor perkhidmatan awam dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kepercayaan kepada generasi muda melaksanakannya, kata Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin. Bukan bermaksud menidakkan peranan penjawat awam yang sedia ada, beliau berkata saranan ‘peremajaan’ itu bertujuan memberi suntikan baharu kepada […]
Usah terlalu percaya media sosial

SHAH ALAM – Belia pada hari ini perlu melengkapkan diri dengan kesedaran dan ilmu yang cukup dalam melayari internet bagi menggelak terpedaya maklumat kurang tepat yang diterima dalam media sosial. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muammar Ghadafi Jamal Jamaluddin berkata, kerosakan akhlak dan pengaruh melampau dihadapi belia akibat pengaruh internet semakin kritikal. “Belia dan internet […]
KUALA LUMPUR 8 Feb. – Golongan muda dinasihatkan tidak dipenjarakan oleh sejarah tetapi menjadikan sesuatu sejarah itu sebagai panduan. –

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, sudah tiba masa golongan muda tidak membiarkan diri mereka dimomokkan oleh peristiwa sejarah lampau seperti rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, peristiwa keganasan komunis dan konfrontasi Indonesia. Tetapi sebaliknya, beliau memberitahu, golongan tersebut perlu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan peristiwa tersebut tidak berlaku lagi. “Kita jangan jadikannya peristiwa seumpama […]
Penduduk Kampung Limau Kasturi mahu kediaman selesa

GUA MUSANG 8 Feb. – Kira-kira 15 tahun lalu, Kampung Limau Kasturi, yang terletak di pedalaman daerah ini menjadi perhatian ramai selepas dijadikan lokasi penggambaran drama Cikgu Limau Kasturi yang dibintangi oleh Harun Salim Bachik. Terletak 40 kilometer dari bandar Gua Musang dan kereta api menjadi pengangkutan utama penduduk, Kampung Limau Kasturi merupakan kawasan yang […]