MAJLIS BELIA MALAYSIA

CATATAN AZMAN AZHIM, KETUA JUNIOR MBM YANG MENGHADIRI SESI KONSULTASI SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA (SUHAKAM) BERSAMA KANAK-KANAK

Pada 21 Februari hingga 22 Februari 2020, saya, Azman, dari SMK Taman Desa 1, Rawang dan Ketua Junior MBM mewakili MBM untuk mengikuti Konsultasi Bersama Kanak-Kanak di Premiera Hotel. Terdapat kanak-kanak lain yang mewakili NGO lain seperti MPKK, JKM dan lain-lain.

Tujuan kami mengikuti Konsultasi Bersama Kanak-Kanak adalah mengangkat suara kami dan kanak-kanak tentang isu-isu semasa yang dihadapi oleh kanak-kanak pada hari ini.

Antara isu yang dibangkitkan oleh kami pada hari ini adalah kerja sekolah yang membebankan kanak-kanak sehingga tiada masa untuk belajar dan menghabiskan masa sepenuhnya untuk kerja sekolah yang perlu diselesaikan, jadual harian kanak-kanak yang ketat, kaunselor atau guru-guru yang tidak kisah akan masalah kanak-kanak, kaunselor atau guru-guru yang tidak bertanggungjawab berkongsi masalah pelajar dengan guru yang lain, kes kanak-kanak dan guru-guru membuli kanak-kanak tersebut secara fizikal dan mental, isu buku teks yang membebankan pelajar yang boleh digantikan dengan penggunaan Laptop atau E-Book dan lain-lain.

Semua isu yang dibangkitkan di atas adalah berdasarkan kehidupan seharian kami sebagai kanak-kanak yang kami lalui setiap hari. Tidak semua kanak-kanak melalui semua perkara di atas. Tetapi, semua isu yang dibangkitkan di atas adalah suara daripada kami untuk mewakili kanak-kanak di seluruh Malaysia.

Selain daripada itu juga, kami dapat mengetahui tentang Hak Kanak-Kanak dengan lebih jelas. Antara Hak Kanak-Kanak yang penting adalah tidak didiskriminasi, hak untuk hidup dan pembangunan diri, kepentingan kanak-kanak dan hak untuk mengambil bahagian.

Kemudian, apa yang membuatkan Konsultasi Bersama Kanak-Kanak lagi menarik adalah berjumpa dengan belia-belia dan kanak-kanak yang mempunyai semagat dan minat yang sama antara satu sama lain demi masa hadapan negara tercinta, Malaysia. The feeling of meeting up in a room filled with passionate youths and children that wants a better future for Malaysia is amazing! Harapan kami sebagai kanak-kanak agar semua isu yang dibangkitkan di atas dapat didengari oleh mana-mana pihak Kerajaan atau NGO-NGO yang tertentu kerana berdasarkan Artikel 13, kanak-kanak bebas bersuara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »