GOMBAK 12 Dis – Alhamdulillah, Campus Reach Out edisi UIAM yang dilaksanakan baru-baru ini telah berjaya dilangsungkan dengan menyatukan kepimpinan belia nasional dan mahasiswa dalam semangat kebersamaan.
Program dimulakan dengan sesi khas bersama Timbalan Rektor UIAM, Prof. Dato’ Fauzan, sebelum diteruskan dengan dialog strategik antara Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diketuai Presiden MBM, bersama kepimpinan GPMS UIAM dan IIUM Student Union. Turut hadir Exco MBM, Sdr. Syahir Razak, serta Pengerusi MBD Gombak, Sdr. Farid.
Perbincangan memfokuskan peranan mahasiswa dalam pembangunan belia, pengukuhan kepimpinan kampus serta sinergi gerakan belia di peringkat akar umbi.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada GPMS UIAM dan IIUM Student Union atas komitmen sebagai rakan penganjur.
Campus Reach Out akan terus menjadi jambatan strategik antara mahasiswa dan kepimpinan belia demi masa depan belia Malaysia yang progresif dan inklusif.







