SHAH ALAM 31 Jan – Satu sesi perbentangan telah diadakan oleh Sdr. Sean Lin Si Kai, wakil daripada Junior Chamber International (JCI) bersama kumpulan beliau Sdr. Brandon dan Sdr. Jason kepada Pengarah, Jabatan Pengurusan Aset, dan Pembangunan Perniagaan, YBhg. Encik Abu Naaim Munir di Bilik Mesyuarat, Bangunan Berlian, Kampus Universiti Selangor (UNISEL), Shah Alam.
Hadir sama dalam sesi pembentangan ini, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohamad Syahir Mohd Yusof, Pengerusi Biro Pertanian MBM.
Pembentangan ini diadakan bagi memohon kawasan bagi pelaksanaan cadangan Projek Pertanian Tanaman Jagung dan Rock Melon. Asas cadangan ini adalah melaksanakan Projek Kebun Komuniti yang mana sebagai medium untuk membantu golongan masyarakat B40 melalui pertanian.
JCI Malaysia adalah salah satu badan Gabungan MBM yang bergerak aktif terutama dalam pembangunan belia dan menyokong penuh Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Projek Kebun Komuniti ini akan melibatkan MBM sebagai pendokong cadangan bersama JCI Malaysia, UNISEL sebagai penyedia tempat dan Kelab Pertukaran Kebudayaan Antarabangsa Malaysia (MICE) sebagai pelaksana.





