KUALA LUMPUR 14 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) telah memenuhi undangan ke BSUM Grand Iftar 2023 anjuran Bangladeshi Students’ Union Malaysia – BSUM bertempat di Hotel G-Tower, Jalan Tun Razak.
Antara tetamu Kehormat yang hadir ialah Datuk Prof Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Husain dan Prof. Dr. Shukran Abd Rahman.
Program seperti ini amat baik dalam memperkukuhkan hubungan MBM dengan persatuan pelajar luar negara di universiti tempatan bagi membina jaringan kepintaran pada masa hadapan.
Hadir sama mantan Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha yang mewakili Asian African Youth Government.